Cara Masak Nasi Lemak

0

Cara Masak Nasi Lemak

Bahan-Bahan:

3 cawan beras
3 hiris halia
3 ulas bawang merah – hiris
1 helai daun pandan
1 batang serai – dititik
1 cawan santan
3 cawan air – boleh tambah jika atau dikurangi bila diperlukan
secubit garam

Cara Memasak:

1. Basuh beras dengan air sehingga bersih kemudian toskan hingga hilang airnya.

2. Sediakan periuk dan masukkan sedikit minyak, kemudian tumis serai, daun pandan, halia, bawang sehingga wangi.

3. Masukan air dan santan kemudian masak sehingga mendidih. Tambah garam dan kacau rata.

4. Tuangkan beras yang sudah kita toskan tadi ke dalam periuk nasi. Kemudian kita tuangkan juga santan yang sudah kita masak tadi dan masak nasi seperti biasa.

5. Bila dah masak kacau nasi menggunakan senduk agar beras tak patah. Hidangkan bersama sambal ikan bilis, sambal sotong, telur rebus, dan sedikit timun. Ikut selera anda.

About Author

Penafian:Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.