Cara Buat Tiramisu Strawberi

0

Cara Buat Tiramisu Strawberi

Bahan-Bahan:

250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping/thickened cream
50g gula icing (ditapis)
1 paket biskut tiramisu/lady’s finger
Sedikit buah strawberi segar

Bahan Sirap –

150g strawberry filling
80mL air suam
1 sudu kecil gelatin halal
Sedikit parutan kulit lemon

Cara Membuat:

1. Untuk sirap; campur kesemua bahan dalam periuk kecil dan kacau sebati. Panaskan sebentar di api supaya gelatin larut.

2. Pukul cream cheese sehingga gebu. Masukkan gula icing dan pukul seketika.

3. Dalam bekas lain, campurkan whipped dan whipping cream. Pukul sehingga agak pekat dan sebati.

4. Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan sudu sehingga rata.

5. Cara untuk melapis; mula-mula letak sedikit sirap, kemudian susun biskut dan letak krim ke atasnya. Ulang sehingga adunan habis.

6. Hias dengan hirisan buah strawberi. Simpan dalam peti sejuk untuk seketika sebelum dimakan.

Tiramisu Strawberi

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This