Cara Buat Pulut Kuning

0

Cara Buat Pulut Kuning

Bahan-bahan :

1 kg beras pulut
2 cawan santan (1 biji kelapa)
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
2 helai daun pandan (disimpul)

Cara Membuat:

1. Basuh beras pulut dan rendamkan dengan serbuk kunyit yang telah dibancuh selama 4 atau 5 jam.

2. Toskan dan masukkan ke dalam kukusan yang berlubang. Kukus sehingga naik wap. Campurkan santan dengan gula dan garam. Kacau sebati.

3. Keluarkan pulut dan masukkan ke dalam mangkuk besar. Tuangkan santan dan kacau rata.

4. Masukkan semula pulut dalam kukusan bersama daun pandan dan kukus lagi sehingga naik wap.

5. Keluarkan pulut dan tekan dalam acuan atau loyang. Potong dan hidangkan bersama kari ayam, ayam goreng berempah dan sebagainya.

Tip : Jika pulut kurang lembut, boleh tambahkan sedikit santan lagi.

Pulut-Kuning

About Author

Penafian:Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.