Cara Buat Cakoi

0

Cara Buat Cakoi

Bahan-Bahan:

1kg tepung gandun
1 pkt instant yeast (mauripan)
½ cawan minyak mazola}
1½ cawan gula pasir*
3½ cawan air*
sedikit garam* (* satukan)
1 sudu teh bikarbonat soda
1 sudu teh air kapur
2 biji telur

Cara Membuat:

1. Satukan tepung gandum dan yis. Pecahkan telur kedalam adunan tepung tadi, gaulkan.

2. Masukkan bahan bertanda (*) yang telah dilarutkan bersama air.

3. Uli adunan hingga licin dan tidak melekat di tangan.

4. Tutup adunan dengan tuala lembab, biar 2 jam atau hingga keesokan pagi.

5. Uli semula adunan tersebut hingga licin dan lembut.

6. Ambil sedikit adunan dan canaikan. Potong bentuk memanjang 7 X 2 cm.

7. Guna lidi atau buluh bunga telur, celupkan dalam air dan basahkan bahagian tengah adunan yang dipotong tadi.

8. Ambil adunan lain yang telah dipotong sama saiz, lekatkan, tekan sedikit dibahagian yang dibasahkan dengan air tadi.

9. Ulangi proses dan goreng dalam minyak penuh dan api sederhana. Goreng sehingga garing. Enak dimakan bersama bubur.

cakoi

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This