15 Tips Menghasilkan Biskut Yang Ranggup

0

15 Tips Menghasilkan Biskut Yang Ranggup

1. Gunakan bahan-bahan yang berkualiti.

2. Gunakan tepung gandum protein rendah kerana ia akan menghindari dari terbentuknya gluten yang akan mempengaruhi kerangupan biskut. Oleh kerana itu banyak resepi yang menggunakan tepung tambahan seperti tepung jagung atau tepung sagu untuk mendapatkan biskut yang rangup kerana kedua-dua jenis tepung ini tidak mengandungi gluten.

3. Hindari dari menggunakan tepung gandum yang berlebihan di dalam resepi biskut anda kerana ia akan menyebabkan biskut kering dan keras.

4. Hindari juga menggunakan air untuk menggantikan cairan karena juga akan membuat biskut menjadi keras.

5. Pastikan mentega dan margerin dalam keadaan suhu ruang agar mudah untuk di campur dengan adunan tepung.

6. Gunakan gula halus agar proses mengadun lebih cepat.

7. Pemakaian butter/mentega adalah lebih baik dibandingkan dengan margerin atau shortening, kerana butter/mentega meranggupkan biskut yang di hasilkan.

8. Untuk mendapatkan biskut yang rangup juga, gunakan kuning telur.

9. Penggunaan butter/mentega lebih dominan dibandingkan margerin akan menghasilkan biskut yang rangup juga. Pastikan guna mentega yang berkualiti.

10. Penggunaan telur dapat dikurangkan dengan cara menambah cairan seperti susu cair atau santan. Namun agar tetap mendapatkan tekstur yang cantik tetapi rangup, maka dianjurkan menambah baking powder atau baking soda.

11. Bila ingin menggunakan kacang-kacangan sebaiknya disangrai terlebih dulu.

12. Suhu oven ketika dalam proses membakar kuih jangan terlalu rendah kerana waktu membakar akan lebih panjang akan akan membuatkan biskut keras dan bantat.

13. Bila biskut sudah masak, sebaiknya dipindahkan di rak dawai agar kitaran wap panas keluar lebih sempurna, sekaligus membuatkan biskut kekal rangup.

14.Setelah tepung gandum dimasukkan, adunan tidak boleh diuli kerana ia akan menghasilkan gluten, sehingga hasil akhirnya seperti “bantat”. Sebaiknya adunan di kacau sahaja, hingga semua bahan tercampur rata.

15. Setelah adunan bercampur, segera bentukkan biskut tersebut mengikut keinginan. Jangan biarkan adunan terlalu lama disimpan pada suhu bilik, kerana minyak dalam adunan akan keluar, sehingga keras dan susah dibentuk. Sebaiknya lapik bekas yang berisi adunan dengan tuala lembab.

tip-buat-biskut

About Author

Penafian:Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.