Resepi Tart Coklat

0

Resepi Tart Coklat

Bahan-Bahan:

Bahan Pastri/Doh –

Mentega
Gula
Garam
Telur (telah di pukul)
Tepung

Bahan Inti –

Mentega
1 sudu esen vanila
Gula halus
Coklat
Double cream

Cara Membuat:

1. Gaul mentega dan tepung sehingga menjadi sebati. Masukan telur ke dalam adunan sedikit demi sedikit.

2. Gaul adunan dengan tangan sehingga menjadi doh yang sempurna. Sejukkan doh yang telah di uli di dalam peti ais sekurang-kurangnya 30 minit.

3. Ambil doh yang telah di sejukan dan taburkan sedikit tepung di atas adunan doh (agar tidak melekat saat menguli). Kemudian canaikan doh mengikut saiz yang di inginkan / mengikut acuan.

4. Sapukan mentega ke keliling bekas pembakar. Masukkan doh di dalam acuan dan ratakan kepingan doh mengikut bentuk acuan. Ambil garfu dan cucuk bahagian bawah doh agar doh dapat di masak dengan sempurna.

5. Setelah itu, bakarkan ia di dalam ketuhar dengan suhu 325oC selama 15 minit atau sehingga doh menjadi sedikit keperangan dan sejukan ia selama 10 – 15 minit.

6. Panaskan periuk dan lakukan teknik ‘double boiling’ untuk cairkan coklat bar. Masukan double cream, mentega dan coklat mengikut kuantiti yang diinginkan.

7. Kemudian kacau sehingga ia menjadi sebati dan tuangkan ke dalam doh yang telah di sejukan sebentar tadi dan masukan di dalam peti ais semula selama 2 jam. Sedia untuk dihidangkan.

tart-coklat

About Author

Resepi Bonda.com merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This