Resepi Sup Tulang Ala Chef Wan

0

Resepi Sup Tulang Ala Chef Wan

Bahan-Bahan:

500 gram tulang lembu berdaging
1 sudu besar serbuk ketumbar (resepi asal 2 sudu)
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu kecil lada hitam, ditumbuk halus
1 1/2 sudu besar tomato puree
1 batang lobak merah, didadu
1 biji kentang, didadu
2 batang saderi, dihiris besar
Sedikit daun sup, dihiris
Bawang goreng

Bahan Kisar Halus –

8-10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai, hiris nipis
1 inci halia

Bahan Tumis –

4 biji buah pelaga
2 batang kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang

Cara Memasak:

1. Bersihkan tulang dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, goreng tulang sehingga menjadi keperangan di permukaan daging, angkat dan ketepikan. Dalam minyak yang sama, tumis bahan tumis dan bahan kisar halus hingga naik bau.

2. Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih dan serbuk lada hitam, tumis selama 3-4 minit. Masukkan tomato puree dan tulang, gaul rata dan masukkan air sehingga tulang sedikit tenggelam.

3. Renehkan selama 2 jam atau sehingga daging menjadi lembut. Kemudian masukkan saderi, kentang dan lobak merah dan masak lagi sehingga empuk. Tambah garam secukup rasa.

4. Bila sudah masak, angkat dan hidangkan bersama hirisan daun sup dan bawang goreng. Hidangkan.

Resepi Sup Tulang Ala Chef Wan

About Author

Resepi Bonda.com merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This