Resepi Samosa Ayam

0

Resepi Samosa Ayam

Bahan-Bahan:

1 paket ayam cincang
2 cawan mix veggie
kulit popiah besar secukupnya
3 sudu besar serbuk kari ayam – boleh tambah
1 sudu besar sos tiram – boleh tambah
Sedikit daun sup
Garam secukup rasa
1 biji telur – dipukul sedikit

Bahan Kisar Halus –

2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia

Cara Membuat:

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan dikisar sehingga wangi kemudian masukkan serbuk kari yang dibancur dengan sedikit air.

2. Kacau dan bairkan sampai rempah masak kemudian masukkan semua ayam cincang dan kacau bagi daging ayam masak.

3. Masukkan sos tiram, daun sup, mix veggie dan kacau lagi kemudian masukkan garam secukup rasa bila dah amsak boleh la ditutup api dapur.

4. Ambil sekeping kulit popiah dan letakkan inti ayam secukupnya dan boleh la dilipat dan disapu telur pada bahagian akhir lipatan kulit samosa ini. Buat sampai habis dan ketepikan.

5. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali dan goreng semua samosa sehingga masak kekuningan. Boleh la diangkat, ditos dan dihidangkan.

About Author

Resepi Bonda.com merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This