Resepi Salmon Croquettes

0

Resepi Salmon Croquettes

Bahan-Bahan:

2-3 keping potongan ikan salmon – Dibuang tulang dan kulit. Isi dihancurkan dengan menggunakan pisau.
4-5 biji kentang – di buang kulit
1 sudu besar daun bawang- dihiris nipis
2 biji telur
1 kiub stok pati ayam
Serbuk roti
Tepung gandum
Minyak
Garam
Serbuk lada hitam

Cara Membuat:

1. Rebus kentang terlebih dahulu sehingga empuk. Kemudian tapis airnya dan lenyekkan kentang sehingga hancur.

2. Masukkan isi ikan salmon, kiub pati ayam, sedikit garam dan lada hitam. Gaul sehingga sebati. Biarkan ianya sejuk seketika dan baru dimasukkan hirisan daun bawang.

3. Bentukkan adunan menjadi bentuk memanjang seperti silinder. Caranya adalah dengan menggolek adunan di atas permukaan yang rata. Taburkan sedikit teping supaya senang untuk digolek.

4. Sediakan 3 bekas berlainan untuk di isikan tepung, serbuk roti dan telur yang telah dipukul. Kemudian celup adunan itu tadi ke dalam bekas berisi tepung dahulu, di ikuti telur dan serbuk roti.

5. Ulang sekali lagi proses tadi. Susun adunan di atas loyang dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum digoreng.

6. Panaskan minyak yang secukupnya dan pastikan minyak betul-betul panas sebelum memasukkan croquettes. Goreng croquettes sehingga menjadi kuning keemasan. Angkat dan idangkan.

+ Boleh gantikan salmon dengan isi ikan lain atau isi ayam.

Resepi Salmon Croquettes

About Author

Resepi Bonda.com merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This