Resepi Sagu Gula Melaka

0

Resepi Sagu Gula Melaka

Bahan-Bahan: ( 6 orang )

Bahan A –

2 cawan sagu
5 cawan air

Bahan B –

3 cawan santan
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam

Bahan C –

1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah
1 cawan air
1 cawan air
1 helai daun pandan

Cara Membuat:

1. Adunan A; Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih.

2. Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya. Masukkan ke dalam acuan-acuan kecil dan sejukkan.

3. Adunan B; Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih. Buang daun pandan dan sejukkan.

4. Adunan C; Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur. Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.

5. Cara menghidang; Keluarkan sagu dari acuan-acuan kecil dan letak dalam mangkuk atau piring menghidang.

6. Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C. Sedia untuk dimakan.

Resepi Sagu Gula Melaka

About Author

Resepi Bonda.com merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This