Resepi Roti Sosej Lilit

0

Resepi Roti Sosej Lilit

Bahan-Bahan:

350 gm tepung gandum
1 sudu kecil yis segera
4 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur B
125 ml susu cair suam
1 sudu besar minyak
Minyak untuk menggoreng secukupnya
10 batang sosej- direbus sebentar dan ditoskan

Cara Membuat:

1. Larutkan yis bersama susu suam dan gula. Kemudian masukkan tepung, garam, telur dan minyak masak, gaul rata dan uli menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari.

2. Tutup doh dengan kain lembab atau plastik dan biarkan selama 30 minit hingga mengembang.

3. Kempiskan adunan di atas papan canai yang di tabur tepung. Timbang 40gm setiap satu dan bulatkan.

4. Untuk doh lilit, gelekkan doh memanjang dan lilitkan pada sosej. Rehatkan selama 15 minit lagi hingga mengembang 2 kali ganda.

5. Goreng di dalam minyak sederhana panas hingga keperangan. Angkat dan toskan minyak. Hidangkan.

Resepi Roti Sosej Lilit

About Author

Resepi Bonda.com merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This