Resepi Roti Sardin

0

Resepi Roti Sardin

Bahan-Bahan: 8 biji

Doh Roti –

140ml air/ susu segar (suam atau suhu bilik)
200g tepung roti
8g butter
20g gula
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil dry yeast

Inti Sardin –

1 tin kecil sardin
1/2 biji bawang besar – potong dadu
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil jus limau nipis/kasturi
ubi kentang- potong dadu dan rebus 2/3 masak (optional)
sedikit minyak untuk menumis
garam, gula secukupnya

Bahan Lain –

breadcrumbs
telur
minyak untuk menggoreng

Cara Membuat:

1. Buat Inti; Tumis bawang besar sehingga layu. Masukkan sardin yang telah dilenyek dengan garfu. kemudian masukkan ubi kentang.

2. Akhir sekali masukkan garam, gula, serbuk lada putih, jus limau. Sesuaikan rasanya. Bila dah siap bolehlah tutupkan api.

3. Buat Roti; Masukkan tepung, gula dan dry yeast ke dalam mangkuk. Kacau biar rata. Kemudian masukkan pula air/ susu dan juga garam. Uli sehingga licin dan tak melekat ditangan.

4. Buat bentuk bulat. Tutupkan mangkuk dengan tuala lembab. Biarkan naik sehingga 2 kali ganda.

5. Tumbuk-tumbuk doh roti untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Rehatkan roti selama 10-15 minit.

6. Ambik sebiji doh, canaikan. Letakkan inti ditengah-tengah. Kemudian tutup rapat-rapat. Tekan dengan tapak tangan biarkan roti jadi bentuk leper. Buanglah sampai habis.

7. Biarkan roti naik 2 kali ganda. Pecahkan telur di dalam mangkuk. Pukul telur dengan garfu biar telur kuning dan putih bercampur.

8. Panaskan minyak. Celup roti dalam telur. Kemudian salut pula dengan breadcrumbs(serbuk roti). Goreng dengan api sederhana sehingga perang. Hidangkan.

resepi-roti-sardin

About Author

Resepi Bonda.com merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This