Resepi Roti Croissant

0

Resepi Roti Croissant

Bahan-Bahan:

250 gm tepung protein tinggi
13 gm telur
½ sudu teh garam
25 gm gula kastor
10 gm susu tepung
5 gm yis kering
20 gm mentega
112 ml air sejuk ais
113 gm pastry marjerin
½ sudu teh pelembut roti

Cara Membuat:

1. Masukkan tepung protein tinggi, telur, garam, gula kastor, susu tepung, yis, pelembut roti dan mentega ke dalam mangkuk besar. Gaul hingga sebati.

2. Kemudian masukkan air ais sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh. Rehatkan doh seketika dan tutup menggunakan kain lembap selama 15 minit.

3. Canai doh hingga nipis dan letakkan pastry marjerin di tengah-tengah. Lipat doh menjadi lipatan tiga.

4. Canai doh sekali lagi sehingga nipis dan buat lipatan buku. Rehat selama 10 minit. Canai doh setebal 5mm dan potong doh menjadi segi tiga.

5. Gulung doh hingga menjadi bentuk bulan sabit. Letakkan diatas dulang pembakar yang sudah digriskan dengan mentega. Biarkan hingga kembang dua kali ganda.

6. Sapu putih telur dipermukaan doh. Bakar dalam ketuhar pada suhu 190’c selama 15 minit atau sehingga croissant menjadi kuning keemasan.

Croissant-Step

resepi-crousants

About Author

Resepi Bonda.com merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This