Resepi Quiche Makanan Laut

0

Resepi Quiche Makanan Laut

Bahan-Bahan:

Bahan Pastri –

250gm tepung gandum
sedikit garam
1/2 st serbuk kari
1 tangkai daun sup (dicincang)
115gm butter sejuk (didadu)
air secukupnya

Bahan Inti –

1sb butter untuk menumis
1 biji bawang holland (dicincang)
1 biji bawang putih (dicincang)
1st rempah kari
1sb serbuk lada hitam
3batang jejari ketam(dipotong2)
2ekor sotong (dipotong2)
1cawan udang geragau basah
2tangkai daun sup (dipotong2)
2biji telur
1/2 cawan susu cair
garam secukupnya

Cara Membuat:

Pastri –

1. Satukan semua bahan kecuali butter dan air. Gaul rata. (saya guna mixer)

2. Masukkan butter, adun hingga menjadi serbuk roti.

3. Masukkan air sikit demi sedikit dan adun hingga boleh dikepal sahaja. Tak perlu adun lama-lama atau terlebih uli.

4. Canai doh dan letakkan doh dalam acuan pai.

5. Kemaskan keliling acuan pai, lebihan dipotong dengan pisau. Cucuk permukaan doh dengan garpu supaya pastri tidak mengelembung nanti.

6. Blind bake pastri hingga keemasan. (Blind bake – letakkan kertas timah pada permukaan doh dan taburkan kacang merah atau beras supaya berat. Apabila pastri dah keemasan, keluarkan kertas timah dan kekacang).

Inti –

1. Panaskan butter, tumis bawang holland dan bawang putih hingga wangi.

2. Masukkan serbuk kari, serbuk lada hitam dan kacau rata.

3. Masukkan jejari ketam, sotong dan udang geragau.

4. Masukkan inti dalam pastri yang dah kuning keemasan tadi.

5. Pukul telur, susu cair hingga sebati. Masukkan daun sup. Kemudian tuang pada inti pastri tadi.

6. Bakar pastri selama 30 minit pada suhu 170C atau bila kita cucuk pada adunan telur dengan lidi, dah tak melekat.

Quiche Makanan Laut

Resepi Olahan : UDA
Sumber : FB DARI Dapur

About Author

Resepi Bonda.com merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This