Resepi Puding Roti Arab

0

Resepi Puding Roti Arab

Bahan-Bahan:

4 keping roti
4 sudu besar gula pasir
2 biji telur
2 sudu besar butter
1 tin susu cair ideal – 375ml @ susu segar
1 sudu kecil esen vanila

Bahan Kering –

1/2 cawan cornflakes
kismis, badam, gajus
2 biji aprikot (dihiris)
2 biji kurma (dihiris)
2 biji buah tin (dihiris)

* Ikut selera nak letak bahan kesukaan anda

Cara Membuat:

1. Sapukan roti dengan butter, sebelah bahagian roti sahaja.

2. Potong roti kepada 2 bahagian dan susun lapisan pertama ke dalam acuan. Masukkan conflakes dan sedikit bahan kering.

3. Susun baki roti untuk lapisan kedua dan taburkan baki bahan kering di atasnya.

4. Dalam mangkuk lain, pukul telur dengan gula. Setelah gula hancur masukkan susu dan esen vanila.

5. Kacau sebati dan tuangkan ke dalam acuan berisi roti tadi. Biarkan roti kembang sekejap.

6. Masukkan adunan ke dalam pengukus. Kukus menggunakan api sederhana selama 20 ke 25 minit, jangan buka pengukus selagi belum 20 minit.

7. Bila dah masak, boleh di makan semasa panas atau sejuk (simpan dalam peti ais).

Puding Roti Arab

About Author

Resepi Bonda.com merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This