Resepi Puding Milo Susu

0

Resepi Puding Milo Susu

Bahan-Bahan:

10gm agar-agar tali
400ml susu sejat
800ml air
1 helai daun pandan
1/4 cawan gula pasir
3 sdb milo
Secubit garam

Cara Membuat:

1. Satukan serbuk agar-agar dan gula, masak di atas api, kacau rata. Tuang susu sejat dan air. Masukkan daun pandan, masak hingga mendidih. Gunakan api sederhana dan kacau selalu hingga agar-agar larut. Keluarkan daun pandan.

2. Bahagikan 2 adunan tadi, satu bahagian ditambah dengan milo dan satu bahagian lagi masukkan sedikit garam. Kacau rata dan tuangkan ke dalam periuk berasingan, biarkan api kecil.

3. Ambil 200 ml adunan, tuang ke dalam loyang dan biarkan beku. Apabila telah beku, potong dalam bentuk dadu.

4. Tuangkan bancuhan susu ke dalam loyang dan masukkan pula agar-agar yang dipotong dadu. Sejukkan hingga keras. Simpan dalam peti sejuk hingga betul-betul keras. Potong dan bolehlah dihidangkan.

Resepi Puding Milo Susu

About Author

Resepi Bonda.com merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This