Resepi Potato Fritters

0

Resepi Potato Fritters

Bahan-Bahan:

3 biji ubi kentang dikopek kulit – disagat halus
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
1 biji telur gred AA
Daun bawang
Serbuk lada sulah
Bahan perasa
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara Membuat:

1. Satukan ubi kentang yang telah dsagat bersama tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, serta bahan perasa. Gaulkan hingga sebati.

2. Bentukkan seperti cucur udang atau mengikut citarasa masing-masing.

3. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng hingga kuning keemasan.

4. Angkat dan toskan. Siap untuk dihidang bersama sos cili dan sebagainya.

potato-fritters

About Author

Resepi Bonda.com merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This