Resepi Popia Nestum Rangup

0

Resepi Popia Nestum Rangup

Bahan-Bahan:

1 bungkus popia
1/2 cawan horlicks
1/2 cawan gula – kisar halus
1 cawan nestum – kisar halus
Lidi satay
Telur
Minyak masak

Cara Membuat:

1. Gulung kulit popia dengan menggunakan lidi satay, tinggalkan dalam 1-2 cm untuk lekatkan dengan telur. Buat hingga habis.

2. Tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab untuk mengekalkan kelembapan dan mudah dipotong.

3. Potong kulit popia yang telah digulung tadi secara serong dengan gunting/pisau jarak 1-2cm.

4. Goreng kulit popia dengan api sederhana sehingga garing. Angkat dan toskan.

5. Apabila sudah sejuk, tabur, horlicks, gula dan nestum kisar di atas kulit popia tersebut.

5. Gaul hingga semua kulit popia disaluti bahan di atas. Simpan dalam bekas kedap udara.

Resepi Popia Nestum Rangup

About Author

Resepi Bonda.com merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This