Resepi Pancake Mudah

0

Resepi Pancake Mudah

Bahan-Bahan:

2 Cawan tepung gandum
4 Sudu Besar Mentega
2 Sudu Besar Jus Lemon
4 Sudu Besar Gula Kastor
3 Sudu Teh Baking Powder
2 Biji Telur
1 Sudu Kecik Garam
1 1/2 Cawan Susu Full Cream Dutchlady

Cara Membuat:

1. Cairkan mentega.

2. Campur susu dan jus lemon, biarkan selama 5 minit.

3. Campur sekali susu, jus lemon, telur dan mentega yang di carikan.

4. Dalam Mangkuk berasingan, adunkan bahan kering iaitu tepung, garam, baking powder dan gula.

5. Kemudian tuang adunan basah kedalam mangkuk yang berisi bahan kering dia dalam langkah 4. kacau hingga sebati.

6. Panaskan nonstick pan yang digriskan dengan sedikit minyak sayur, tuang 1/4 adunan keatas kuali dan masak sehingga buih timbul di permukaan.

7. Masak sehingga keperangan di kedua-dua belah bahagian.

resepi-pancake

About Author

Resepi Bonda.com merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This