Resepi Nasi Tumpang

0

Resepi Nasi Tumpang

Bahan-Bahan:

½ kg beras
1000ml air
6 helai daun pisang

Bahan Gulai Ikan:

200gm ikan kembung
2.5cm kunyit hidup – dikisar halus
2.5cm lengkuas – dikisar halus
6 ulas bawang merah – dikisar halus
4 biji cili kering – dikisar halus
500ml santan pekat
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

Bahan Telur Dadar:

5 biji telur ayam
1 biji bawang besar – dimayang
50gm daun bawang – dimayang
1 biji cili merah – dimayang
Garam secukup rasa

Cara Memasak:

1. Nasi: Cuci beras hingga bersih dan masak bersama 1000ml air sehingga nasi itu lembut (seperti nasi himpit) kemudian biarkan ia suam. Ketepikan.

2. Gulai ikan: Semua bahan yang dikisar dicampurkan dengan santan, masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan ikan biarkan masak.

3. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Kacau rata sehingga kuahnya pekat. Ketepikan.

4. Telur dadar: Pecahkan telur dan campurkan bahan yang dimayang dan garam secukup rasa. Pukul sebati. Panaskan kuali dan goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.

5. Untuk membungkus nasi tumpang: Kelongsongkan daun pisang kemudian masukkan nasi lembik 1/3 kelongsong tadi dan tekan hingga padat.

6. Kemudian masukkan hirisan telur dadar. Masukkan satu lapis lagi tekan sehingga padat dan masukkan lagi lauk gulai ikan.

7. Masukkan pula nasi ke atas lauk tadi dan bungkuskan. Sedia untuk dihidangkan.

Nasi-Tumpang-Kelantan

About Author

Resepi Bonda.com merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This