Resepi Megi Ketam

0

Resepi Megi Ketam

Bahan-Bahan:

1 paket mi segera perisa kari, asingkan perencahnya
1 pelepah sawi putih, siang berasingan batang dan daun
1 butir telur
1 ekor ketam bunga, cuci bersih
1 sudu besar sambal tumis
½ sudu besar sos cili
¼ sudu teh serbuk lada hitam
2 ulas bawang merah – dihiris
1 ulas bawang putih – cincang halus
1 hirisan nipis halia
Air secukupnya (anggaran 3 cawan)
Hirisan daun sup }
Hirisan cili merah } untuk
Limau kasturi, belah 2 }hiasan
Sebiji tomato ceri, dibelah 4 }

Cara Memasak:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum.

2. Tambah sos cili, kacau rata dan tuang air, biar mendidih. Masukkan ketam dan masak hingga ketam berubah warna. Angkat ketam tadi dan ketepikan.

3. Masukkan telur dan kecilkan api, masak hingga telur mengeras. Tambah batang sawi dan mi maggi, kacau perlahan dan masak hingga mi lembut.

4. Masukkan serbuk lada hitam dan daun sawi, kacau rata dan masak sekejap. Jika suka kuah lebih, boleh tambah sedikit lagi air.

5. Tuang mi segera ke dalam mangkuk yang sesuai, letakkan ketam tadi atasnya, tabur dengan hirisan daun sup dan cili merah. Letak limau kasturi dan hidangkan segera.

megi-ketam

About Author

Resepi Bonda.com merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This