Resepi Mee Kuah Daging

0

Resepi Mee Kuah Daging

Bahan-Bahan:

2 peket mee kuning – secukupnya
1 kilo daging
2.5 liter air rebusan daging
sos tomato secukupnya
sos cili secukupnya
1 cawan kuah kacang
3 biji kiub stock ikan bilis
4 biji telur – utk pekatkan kuah
3 sudu besar cili kisar – boleh tambah
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Tambahan –

8 biji telur rebus – dipotong 2
hirisan cili merah secukupnya
hirisan daun bawang secukupnya
Sayur taugeh dan sawi dicelur – secukupnya
Bawang goreng secukupnya

Bahan Kisar –

5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia

Cara Memasak:

1. Rebus daging lembu sampai empuk kemudian daging dipotong kecil dan simpan semua air rebusan tadi.

2. Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan yang dikisar dan cili kisar sampai timbul bau wangi dan pecah minyak.

3. Masukkan air rebusan daging serta kacau kuah dan masukkan kiub stock ikan bilis, kuah kacang secukupnya, sos tomato dan sos cili secukupnya. Jika suka masam boleh ditambah lagi sos tomato.

4. Kacau semua bahan-bahan dan boleh dimasukkan semula daging ke dalam kuah serta biarkan kuah masak sampai mendidih.

5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kemudian pecahkan 4 biji telur ke dalam mangkuk serta kacau telur sedikit dan masukkan ke dalam kuah tadi. Kacau pelahan-lahan sampai telur masak untuk memekatkan kuah .

6. Celur mee, taugeh dan sawi kemudian tos serta ketepikan dulu, rebus semua telur.

7. Cara menghidang mee ni, mula-mula masukkan sayur taugeh/sawi dahulu dalam mangkuk kemudian mee dan tuangkan kuah bersama isi daging, telur rebus, bawang goreng, cili merah dan daun sup. Hidangkan.

mee-kuah-daging

About Author

Resepi Bonda.com merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This