Resepi Mee Hailam

0

Resepi Mee Hailam

Bahan-Bahan:

1/2 paket mee kuning
10 ekor sotong/udang – potong nipis
2 keping fish cake
250 gm sawi hijau
100 gm kobis
3 s/b kicap pekat
1 s/b sos tiram
1 ketul kiub ayam
4 ulas bawang putih – ketuk
4 ulas bawang merah – hiris
3 sudu besar minyak
1 cawan air
1 sudu tepung jagung – bancuh dengan air dulu
Garam

Cara Memasak:

1. Rendam mee dengan air panas. Cuci dan toskan.

2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.

3. Masukkan air, sotong dan fish cake. Biarkan sehingga lembut.

4. Masukkan kicap, sos tiram dan kiub ayam. Kacau rata. Masukkan pula kubis dan sawi.

5. Perasakan garam. Kemudian, masukkan bancuhan tepung jagung dan angkat. Hidangkan.

mee-hailam

About Author

Resepi Bonda.com merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This