Resepi Masak Lemak Pucuk Paku

0

Resepi Masak Lemak Pucuk Paku

Bahan-Bahan:

2 ikat pucuk paku
Segenggam ikan bilis
9 biji cili api – tumbuk
1cm isi kunyit – tumbuk
2 biji bawang merah – tumbuk
1 batang serai – titik sahaja
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara Memasak:

1. Pucuk paku dibersihkan dan diambil hanya daun2 dan batang yg lembut. Ikan bilis dibersihkan dan di tumbuk kasar.

2. Masukkan pucuk paku dan ikan bilis ke dalam periuk bersama bahan tumbuk dan serai yang telah dititik. Masukkan secawan santan pekat dan secawan air.

3. Bila dah mendidih, masukkan secawan lagi santan pekat. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan sikit air.

4. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.

Masak Lemak Pucuk Paku

About Author

Resepi Bonda.com merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This