Resepi Laksa Johor

0

Resepi Laksa Johor

Bahan-Bahan:

1 paket spaghetti – makan 10 orang
1kg ikan sardin/selayang
¾ cawan rempah kari ikan Babas
½ cawan cili kering yg dikisar
¾ cawan udang kering (cuci bersih, kering dan kisar)
2 cawan santan pekat
3 cawan air
½ cawan minyak masak
1 sudu besar kerisik
Garam
Serbuk perasa

Bahan Kisar –

5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar

Bahan Ulam –

Timun
Taugeh
Daun kesum/daun selasih
Kacang panjang
Limau kasturi
Lobak asin

Bahan sambal –

Cili kering – direbus*
Belacan bakar*

*Tumbuk cili bersama belacan bakar sehingga lumat.

Cara Membuat:

1. Ikan dibersihkan pastu kukus. Ada orang rebus tapi kalau kukus lagi senang nak carikkan isinya. Air kukus simpan. Kisar ikan anyg telah dibuang tulang dengan air kukusan ikan tadi. Ketepikan.

2. Panaskan periuk bubuh 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan goreng pantas selama satu minit. Masukkan 1/2 cawan air dan goreng lagi kira-kira lima minit.

3. Selepas itu, masukkan cili kisar dan goreng lagi sampai terbit minyak. Bila terbit minyak, masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau rata. Masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan.

3. Bila dah mendidih, masukkan udang kering dan kerisik. Kuah laksa Johor agak pekat. Jadi kenalah agak agak jumlah air dengan kepekatan yang disukai.

Spaghetti –

1. Masak air dalam periuk. Bubuh garam dalam air rebusan tu. Bila telah mendidih, masukkan spaghetti dan rebus sehingga rasa dah kenyal, tapis dan siram air sejuk sehingga hilang panasnya atau cuci bawah air paip. Tos airnya dan tuang sedikit minyak supaya tak melekat.

Ulam –

1. Ulam Laksa Johor ialah timun, taugeh, bawang besar diracik bulat bulat halus, daun selasih atau daun kesum, limau kasturi dan lobak asin. Kalau suka makan selasih boleh bubuh.

Cara Menghidang:

1. Bubuh spaghetti dalam mangkuk, taburkan ulam-ulam dan curahkan kuah. Perah limau kasturi dan makan dengan sambal belacan.

About Author

Resepi Bonda.com merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This