Resepi Kuih Talam Sekoteng

0

Resepi Kuih Talam Sekoteng

Bahan-Bahan:

lapisan Bawah –

50gm sekoteng
150gm tepung beras
250ml santan pekat
450gm air
1 sudu makan tepung hoen kwe
150gm gula kastor
1 sudu teh garam

lapisan Atas –

150gm tepung gandum
300gm gula halus
5 biji telur
250ml santan pekat
500ml air
1/2 sudu makan garam
11/2 sudu makan perasa ros

Cara Membuat:

1. Rebus sekoteng sehingga kembang dan toskan. Di dalam bekas, tuangkan tepung beras, garam, gula dan tepung hoen kwe.

2. Masukkan santan dan air. Gaul rata dan ditapis ke dalam bekas. Masak di atas api sehingga naik wap dan pekat.

3. Masukkan sekoteng ke dalam adunan yang telah pekat tadi. Gaul hingga mesra. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 25 minit.

4. Untuk membuat bahagian atasnya, bancuh semua bahan untuk lapisan atas dan kacau mesra.

5. Tuangkan perisa ros dan gaul mesra. Masak sehingga naik wap dan pekat.

6. Tuangkan adunan ini ke dalam bekas yang berisi adunan sekoteng tadi. Kukus sekali lagi selama 30 minit. Sejukkan dan hidangkan.

About Author

Resepi Bonda.com merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This