Resepi Kuih Talam Kastard Jagung

0

Resepi Kuih Talam Kastard Jagung

Bahan-Bahan:

Lapisan Bawah –

11/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastard
1 cawan gula
1 cawan jagung krim
31/2 cawan santan
1s/t pewarna kuning
1 s/t garam

Lapisan Atas –

2 cawan santan pekat
1 cawan air
1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung jagung 1 s/b tepung sagu ubi
2 biji telur
2 s/b gula pasir
1 s/t garam
pewarna hijau/pandan

Cara Membuat:

Lapisan Bawah –

1. Campur semua bahan, kecuali jagung. Blender semua bahan baru masukkan jagung.

2. Kacau sekejap atas api (sampai naik wap). Tuang dalam loyang dan kukus selama 20 minit (Sapu loyang dengan minyak dan lapik dengan plastik)

Lapisan Atas –

1. Blender semua bahan. Masak sekejap atas api kemudian tuangkan ke dalam bahan lapisan bawah tadi (cakar sedikit dulu permukaan kuih lapisan bawah dengan garfu).

2. Kukus lagi bahan tadi selama 20 minit atau sehingga masak. Potong dan hidangkan.

Resepi Kuih Talam Kastard Jagung

About Author

Resepi Bonda.com merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This