Resepi Kuih Lapis Pey Pey

0

Resepi Kuih Lapis Pey Pey

Bahan-Bahan:

2000 ml santan pekat (dari 2 biji kelapa parut putih)
1425 ml santan cair (dari perahan kedua)
980 gm tepung kanji
225 gm tepung beras
905 gm gula pasir
2 helai daun pandan
115 gm gula melaka
2 sudu makan air mawar
sedikit pewarna hijau dan kuning
Loyang 12″ (disapu minyak sekeliling)

Cara Membuat:

1. Gula, santan pekat dan daun pandan di masak sampai mendidih dengan api sederhana.

2. Dalam bekas yang lain, gaul tepung beras, tepung kanji dan santan cair. Tuangkan santan pekat yang panas (perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit) ke dalam adunan tepung tadi sambil terus kacau hingga rata. Adunan dibahagi tiga.

3. Adunan pertama diwarnakan hijau. Adunan kedua diwarnakan kuning dan dibubuh air mawar. Adunan ketiga dibubuh gula melaka, kacau sampai gula larut, kemudian tapis.

4. Panaskan kukusan. Panaskan pula loyang. Kukus adunan selapis-selapis sehingga habis. Setiap lapis menggunakan 3 senduk adunan. Kukus hingga masak.

Nota: Setiap kali sebelum dikukus, adunan hendaklah di kacau terlebih dahulu.

Resepi Kuih Lapis Pey Pey

About Author

Resepi Bonda.com merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This