Resepi Kuih Lapis Coklat Jagung

0

Resepi Kuih Lapis Coklat Jagung

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung kastad
3/4 cawan gula
4 cawan santan
1 sudu teh garam
½ cawan isi jagung (kisar bersama ½ cawan air)
1 sudu makan serbuk coklat (bancuh dengn ½ cawan air suam)

Cara Membuat:

1. Panaskan kukusan. Kisar semua tepung, gula dan santan. Tapis. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.

2. Masukkan jagung dalam bahagian 1 dan gaul rata. Masukkan coklat dalam bahagian 1 dan gaul rata.

3. Sediakan loyang. Sapu rata loyang dengan minyak masak.

4. Masukkan 1 senduk adunan koko dan kukus selama 3 minit.

5. Lapiskan pula 1 senduk adunan jagung dan kukus semula selama 3 minit.

6. Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis. Sejukkan dan potong.

Resepi Kuih Lapis Coklat Jagung

About Author

Resepi Bonda.com merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This