Resepi Kuih Kaswi Jagung

0

Resepi Kuih Kaswi Jagung

Bahan-Bahan:

1 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kanji
3/4 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
1/2 st kapur sireh
4 sb bes minuman perasa jagung
1 st esen jagung
2 helai daun pandan ~ disimpul
* kelapa parut putih
* sedikit garam

Cara Membuat:

1. Satukan semua bahan kecuali daun pandan. Gaul sebati kemudian tapis.

2. Dalam periuk, masukkan adunan dan daun pandan, kacau atas api hingga naik wap.

3. Acuan lompang disapu dgn sedikit minyak makan. Tuang adunan, kukus selama 10 – 15 minit atau hingga masak.

4. Sejukkan baru keluarkan dari acuan. Hidangkan bersama kelapa parut putih + garam yang telah dikukus sebentar.

Resepi Kuih Kaswi Jagung

About Author

Resepi Bonda.com merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This