Resepi Kuey Teow Kerang

0

Resepi Kuey Teow Kerang

Bahan-Bahan:

1/2 paket kuey teow
1/2 kg kerang (dicelur air panas)
10 ekor udang (size sederhana)
2biji telur
5 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar kicap cair
Daun kucai dan tauge (ikut suka)

Cara Memasak:

1. Tumis bawang putih, masukkan cili boh. Tumis sebentar masukkan pula udang. Bila udang sudah kemerahan masukan kuey teow, sos tiram, sos cili,k icap pekat dan kicap cair.

2. Besarkan api, kacau semua bahan hingga sebati dengan kadar segera supaya tidak hangus (guna 2 tangan sebelah kanan sudip sebelah kiri senduk).

3. Bila kicap sudah sebati dengan kuey teow, kecilkan api dan masukan telur di tepi kuali. Kacau telur hingga berketul baru gaul bersama kuey teow tadi.

4. Kemudian masukan kerang, taugeh dan daun kucai. Besarkan api semula, kacau hingga sebati dengan kadar segera. Kacau tak perlu lama untuk kekalkan kesegaran taugeh. Angkat dan hidangkan.

Resepi Kuey Teow Kerang

About Author

Resepi Bonda.com merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This