Resepi Ketam Masak Tiga Rasa

0

Resepi Ketam Masak Tiga Rasa

Bahan-Bahan:

5 ekor ketam ~ dipotong 2 dan dibersihkan
Sedikit kunyit serbuk
Sedikit garam
4 sb lada kering yang telah dimesin
3 bj bawang putih ~ cincang halus
4 tangkai cili padi ~ dihiris
1 bj bawang besar ~ didadu
1 tangkai lada merah ~ dihiris
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
1 batang serai ~ dihiris halus
1 bj buah tomato ~ didadu
2 sb sos cili
2 sb sos tiram
Garam dan gula secukupnya

Cara Memasak:

1. Ketam diperap dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng dan ketepikan.

2. Tumis bawang putih dan serai hingga wangi dan keperangan.

3. Masukkan lada yang telah dimesin, daun limau dan tumis hingga garing.

4. Masukkan bahan lain dan jika terlalu pekat, tambah sedikit air. Perasakan dengan garam dan gula.

5. Bila sudah mendidih dan rasa sudah ok, padamkan api. Jirus sos atas ketam yang digoreng tadi. Hidangkan.

resepi-ketam-masak-tiga-rasa

About Author

Resepi Bonda.com merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This