Resepi Ketam Cili ala Singapore

0

Resepi Ketam Cili ala Singapore

Bahan-Bahan:

2 ekor ketam saiz besar
2 camca besar sos cili
1 camca besar cuka makan
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air
1 biji telur, dipukul sedikit

Bahan Kisar –

6 biji bawang merah
4 biji cili merah
1/2 inci belacan
2 biji buah keras
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Bahan Hiasan –

Hirisan daun bawang
Hirisan cili merah
Bawang goreng

Cara Memasak:

1. Ketam dibersihkan. Potong kaki-kaki kecik, buang kulit kerasnya, jangkir ketam diketuk sedikit, dan ketam itu dikerat dua (Kalau tak kerat pun boleh).

2. Lap ketam bagi kering dan lumur dengan sedikit garam. kemudian, goreng dalam minyak panas hingga ketam berubah warna kemerahan. Angkat dan toskan.

3. Keluarkan minyak dan tinggalkan untuk menumis. Masukkan bahan kisar halus dan sos cili tadi, tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu.

4. Masukkan cuka, air dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masukkan ketam, gaul rata dan masak sekejap.

5. Kemudian, tuang telur tadi disekeliling ketam. Biar sekejap dan gaul rata hingga menyaluti ketam tadi.

6. Masak hingga pekat, matikan api. Alih dalam pinggan yang sesuai dan tabur dengan bahan-bahan hiasan. Hidangkan.

Ketam Cili ala Singapore

About Author

Resepi Bonda.com merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This