Resepi Kerabu Kaki Ayam

0

Resepi Kerabu Kaki Ayam

BAHAN-BAHAN:

1/2 kg kaki ayam
3 biji tomato | dipotong nipis
3 biji bawang besar | dipotong nipis
1 kuntum bunga kantan | dipotong nipis
1 kuntum cendawan bunga | direndam dalam air panas hingga kembang dan potong halus
Daun sup secukupnya | dipotong halus
5 biji limau nipis | ambil airnya
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Kaki ayam direbus sehingga empuk. Angkat dan biarkan sejuk.

2. Selepas itu keluarkan tulang kaki ayam tersebut.

3. Masukkan kaki ayam tersebut ke dalam mangkuk bersama tomato, bawang besar, bunga kantan, cendawan bunga, gula dan garam secukup rasa. Gaul sehingga sebati.

4. Setelah siap taburkan daun sup, dan sedia dihidangkan.

About Author

Resepi Bonda.com merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Leave A Reply

Share This