Resepi Kek Lapis Mangga Berkrim

0

Resepi Kek Lapis Mangga Berkrim

Bahan-Bahan:

Bahan Kek Span –

6 biji telur
35 gram tepung jagung
170 gram tepung gandum
170 gram gula castor
35 gram mentega yang dicairkan

Bahan Mousse Mangga –

150 gram puri mangga ataupun mangga yang telah dikisar
13 gram gelatin
30 gram air
40 gram gula
240 gram krim putar (whipping cream)
1 biji mangga dipotong dadu

Bahan Sos Mangga –

125 gram puri mangga
125 gram air
1/2 sudu kecil gelatin
1/2 sudu kecil serbuk agar-agar (kuning/putih)
30 gram gula

Cara Membuat:

Kek Span –

1. Panaskan ketuhar pada suhu 170-180C.

2. Cairkan mentega dan ketepikan. Pukul telur bersama gula sehingga kembang.

3. Dalam mangkuk yang lain, campurkan kedua-dua tepung. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan teruskan memutar.

4. Akhir sekali masukkan mentega cair dan kacau menggunakan spatula. Tuang adunan ke dalam loyang bulat dan bakar pada suhu selama 25-30 minit.

5. Apabila kek sudah sejuk, potong kek kepada tiga lapisan secara melintang.

Mousse Mangga –

1. Masukkan air ke dalam periuk dan taburkan gelatin.

2. Masukkan gula dan mangga dan masak sehingga gula dan gelatin cair. Sejukkan.

3. Pukul krim sehingga kental dan masukkan adunan puri tadi. Gaul sebati.

Sos Mangga –

1. Panaskan air dan masukkan gelatin. serbuk agar-agar dan gula.

2. Masak sehingga kesemuanya cair dan masukkan puri mangga.

Cara Melapiskan Kek:

1. Gunakan loyang springfoam ( berbentuk ‘ring’). Letakkan 1 lapis kek dibahagan bawah sekali dan tuangkan mousse mangga ke atasnya.

2. Tabur mangga yang telah dipotong dadu. Ulang proses ini sehingga selesai ketiga-tiga lapisan.

3. Masukkan kek ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya selam 4 jam atau pun semalaman.

4. Kemudian tuangkan sos mangga perlahan-lahan di bahagian atas kek dan masukkan ke dalam peti sejuk semula selama 1 jam. Hidangkan.

Kek Lapis Mangga Berkrim

About Author

Resepi Bonda.com merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This