Resepi Ikan Tenggiri Masak Cuka

0

Resepi Ikan Tenggiri Masak Cuka

Bahan-Bahan:

4 keping ikan tenggiri
3 inci halia, hiris halus
3 ulas bawang putih, hiris halus
2-3 biji cili merah hiris
5 biji bawang merah, hiris
4 – 5 camca besar cuka makan
1 cawan air,untuk kuah
1 camca teh tepung jagung, bancuh dengan sedikit air, kacau rata
Gula dan garam secukup rasa
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

Cara Memasak:

1. Ikan tenggiri dilumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan susun dalam bekas sesuai. Ketepikan.

2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia dan juga cili hingga layu, masukkan air secukupnya. Biar mendidih.

3. Tambah cuka, garam dan gula secukup rasa. Pekatkan kuah dengan bancuhan tepung jagung. Masak sekejap.

4. Bila sudah masak, tuang atas ikan tadi. Hias dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan.

Resepi Ikan Tenggiri Masak Cuka

About Author

Resepi Bonda.com merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This