Resepi Homemade Chocolate Bounty Bar

0

Resepi Homemade Chocolate Bounty Bar

Bahan-Bahan:

400g coklat – Boleh guna coklat cadbury atau jenama lain.
Sepeket kelapa kering/parut
1 Cawan susu pekat manis

Cara Membuat:

1. Cairkan coklat dengan kaedah double boiled. Biarkan seketika.

2. Gaulkan kelapa dengan susu. Agak-agak sahaja berapa banyak kelapa dan susu supaya gumpalan tidak terlalu basah atau terlalu kering. Mudah untuk dibentuk nanti.

3. Ambil sedikit adunan kelapa tadi, gumpalkan berbentuk bar. Kemudian, susun atas loyang dan simpan sekejap dalam peti sejuk lebih kurang 20 minit.

4. Keluarkan bar dan celupkan ke dalam coklat cair dan masukkan ke dalam peti sejuk sekali lagi selama 15 minit. Siap untuk dinikmati.

cara-buat-bounty-bar

About Author

Resepi Bonda.com merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This