Resepi Gulai Daging ala Utara

0

Resepi Gulai Daging ala Utara

Bahan-Bahan:

1 kg daging bahagian tulang
1 mangkuk rebung, dihiris dan rebus
2 sudu besar kerisik
1 sudu besar minyak sapi
1/2 senduk minyak masak
2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
daun kari
sedikit gula melaka
garam secukup rasa

Bahan Kisar –

1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan Rempah Tumis –

1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
2 btg cengkih
6 biji buah pelaga
1/2 sudu kecil lada hitam

Bahan Pes Rempah –

1 bungkus rempah kari daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan putih

Cara Memasak:

1. Rebus daging bertulang dengan kadar air paras menutupi daging sehingga lembut. Kalau menggunakan pressure cooker, masa memasak bergantung kepada jenis pressure cooker anda. Jika rebus menggunakan kaedah biasa, anggaran masa merebus dalam 1.5 hingga 2 jam.

2. Panaskan minyak masak dan minyak sapi di dalam periuk. Tumis ‘Bahan Kisar’, daun kari dan ‘Bahan Rempah Tumis’ sehingga kekuningan dan naik bau.

3. Bancuh ‘Bahan Pes Rempah’ dengan sedikit air dan tuang ke dalam periuk. Kacau sehingga rempah betul-betul masak dan pecah minyak.

4. Masukkan ketulan daging bertulang bersama air rebusan sekali. Kemudian masukkan rebung, kerisik dan santan cair. Masak sehingga mendidih.

5. Masukkan santan cair dan teruskan masak sehingga kuah menjadi sedikit pekat. Masukkan sedikit gula melaka dan garam secukup rasa.

Tips:

Rebus daging sehingga lembut dan sejukkan kuah rebusan, kemudian kuah boleh dimasukkan ke dalam peti ais. Jika anda tidak suka gulai yang terlalu berlemak, buang lemak sejuk yang beku di permukaan.

resepi-gulai-daging-ala-utara

About Author

Resepi Bonda.com merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This