Resepi Donut Salut Sambal Pedas Kacang Tanah

0

Resepi Donut Salut Sambal Pedas Kacang Tanah

Bahan-Bahan:

Doh Donut –

1kg tepung gandum
1 paket yis mauripan
1 biji telur gred B/C
4 sudu besar susu pekat
5 sudu besar minyak makan
1st bread softner (optional)
6 sudu besar gula
Sedikit garam
450ml air suam

Sambal Kacang –

2 genggam Cili kering
2biji Bawang merah
4 ulas Bawang putih
Sos cili
Kacang tanah (goreng dulu dan buang kulit) – tumbuk/kisar kasar
Gula
Garam
Serbuk cukup rasa
Air
Minyak masak

Cara Membuat:

Donut –

1. Pukul telur & susu sampai kembang. Tidak perlu kembang sangat, pukul bagi dia sekata. letidak dalam 3 sudu besar air suam.

2. Masukkan yis, tutup sampai naik dan berbuih. Lepas itu, masukkan minyak masak tadi dan biarkan sekejap.

3. Dalam bekas lain, masukkan tepung gandum, gula, dan garam. Gaul sebati. Buat lubang di tengah-tengah adunan dan tuang campuran yis tadi.

4. Uli-uli adunan dan masukkn air sikit demi sikit. Uli sampai adunan doh tidak melekat ditangan. Adunan memang lembik, jangan ditambah tepung.

5. Biarkan adunan dalam bekas selama 15-20 minit. Tutup guna kain lembab. Keluarkan adunan yang sudah naik 2 kali ganda. Tumbuk-tumbuk bagi keluar angin. Buat bulat-bulat dan timbang dalam 30gm.

6. Tekan sikit dan buat lubang di tengah-tengah. Kalau ada acuan donut, leperkan doh dan terap guna acuan. Biarkan 5 – 10 minit.

7. Kemudian bolehlah digoreng menggunakan api yang kecil. Bila donut sudah kuning, angkat dan toskan atas redai. Biarkan seketika.

Sambal Kacang –

1. Goreng kacang tanah. buang kulit dan tumbuk kasar. Ketepikan.

2. Kisar cili kering, bawang putih, dan bawang merah. Panaskan minyak dan tumis sampai kering, garing dan pecah minyak.

3. Masukkan sos cili. Boleh tambah kalau nak lebih pedas. Masukkan air tadi. Agak-agak dan tengok hendak pekat macam mana.

4. Masukkan gula dalam 6 sudu besar. Biar Manis sikit. Kurangkan kalau tidak mahu manis.

5. Masukkn garam dan serbuk cukup rasa. Gaul sebati. Kalau agak pekat boleh tambah air sikit. Jangan terlalu cair.

6. Masukkan donut tadi, matikan api dan gaul rata. Lepas itu, taburkan kacang tanah tadi. Siap untuk dihidangkan.

About Author

Resepi Bonda.com merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This