Resepi Cucur Bawang

0

Resepi Cucur Bawang

Bahan-Bahan:

Tepung gandum – 2 cawan
Bawang besar sebiji – potong dadu
1 sudu kecil serbuk ikan bilis – bancuh dengan air
Air secukupnya
Garam (setengah sudu kecil)
1 sudu kecil minyak masak (petua untuk bagi rangup dan lembut cucur tu nanti, biar pun dah sejuk)

Cara Membuat:

1. Campurkan tepung dan bawang besar – gaul sekata.

2. Masukkan bancuhan air ikan bilis, garam dan minyak. Gaul bagi sebati.

3. Tambahkan air sedikit demi sedikit, sehingga adunan likat. Jangan terlebih air, nanti adunan cair, susah pulak nak masukkan dalam kuali masa nak goreng nanti.

4. Panaskan minyak dan menggunakan sudu, ambik adunan dan masukkan dalam kuali.

5. Tunggu hingga ia sedikit kekuningan, angkat dan toskan.

Cucur Bawang

About Author

Resepi Bonda.com merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This