Resepi Biskut White Chocolate Chip

0

Resepi Biskut White Chocolate Chip

Bahan-Bahan:

1 cawan mentega – dilembutkan terlebih dahulu
2 cawan gula caster
2 biji telur
2 susu kecil esen vanila
2 cawan tepung serbaguna
3/4 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil garam
1 2/3 cawan coklat cip putih

Cara Membuat:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 175 Celsius terlebih dahulu.

2. Satukan mentega dan gula, pukul sehingga sebati dan kembang. Masukkan telur satu persatu dan diikuti esen vanila. Pukul sehingga sebati.

3. Kemudian masukkan tepung, serbuk koko, baking soda dan garam, kacau sehingga sebati.

4. Setelah itu, masukkan coklat cips putih dan kacau sekali lagi sehingga sebati.

5. Dengan menggunakan sudu kecil (jika boleh guna yang berbentuk bulat), cedokkan doh dan susunkan di atas dulang pembakar. Jarakkan setiap satu sebanyak 1-2 inci.

6. Setelah siap, masukkan k edalam ketuhar dan bakar sehingga masak. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Resepi Biskut White Chocolate Chip

 

About Author

Resepi Bonda.com merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This