Resepi Ayam Masak Paprik Ala Thai

0

Resepi Ayam Masak Paprik Ala Thai

Bahan-Bahan:

2 keping dada ayam – hiris nipis
4 biji cili padi – diketuk
2 sudu makan cili kering kisar
2 helai daun limau purut
2 ulas bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 biji cili merah – dihiris serong
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
1/2 inci halia – hiris halus
1/2 labu bawang besar – hiris memanjang
1/2 cawan air
sedikit garam
sedikit kicap manis

Bahan Sayuran –

2 biji putik jagung – dihiris
2 tangkai kacang polong – dihiris pendek
bunga kobis – dipotong kecil
1/2 biji karot – dihiris memanjang

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng hirisan ayam hingga warnanya keputihan. Selepas itu toskan dan ketepikan.

2. Tumis pula bawang merah, halia, dan bawang putih hingga harum. Kemudian, masukkan cili kisar dan tumis kembali hingga pecah minyak.

3. Masukkan sedikit kicap manis, sos cili, sos tiram, dan sos tomato kemudian kacau rata. Masukkan ayam yang digoreng tadi dan gaul hingga rata.

4. Masukkan serai, air, dan daun limau purut. Tambah sedikit garam secukup rasa dan kacau rata. Kemudian, masukkan sayur-sayuran yang dah dihiris tadi dan bawang besar. Selepas itu masak sampai sayur tadi agak empuk.

5. Tambahkan sedikit air jika kuah agak pekat. Akhir sekali, bila dah masak angkat dan hidangkan bersama nasi panas.

resepi-ayam-masak-paprik-ala-thai

About Author

Resepi Bonda.com merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This