Resepi Asam Laksa

0

Resepi Asam Laksa

Bahan-Bahan:

2 liter air
1 kg ikan kembung
100 gm asam keping
100 gm lengkuas | dititik
100 gm daun kesum
1 kuntum bunga kantan | dipotong
2 sudu teh pes udang
2 sudu teh serbuk perasa
1 kg laksa – Direndam dan Direbus

Bahan Hiasan:

6 tangkai daun pudina
1/2 biji nanas | dihiris
2 biji cili merah | dihiris
1 biji timun | dihiris
1 labu bawang besar | dihiris
1 sudu teh petis udang
Sedikit hirisan bunga kantan

Cara Memasak:

1. Didihkan air dan rebus ikan kembung sehingga masak.

2. Asingkan ikan dan buangkan tulangnya. Siat-siatkan dagingnya.

3. Tapis air rebusan ikan dan masukkan isi ikan, asam keping, daun kesum, lengkuas, serai dan bunga kantan.

4. Kemudian masukkan pes udang, serbuk perasa dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih.

5. Sedia untuk dihidang bersama bahan hiasan dan laksa. Boleh juga diganti dengan bihun.

asam-laksa

About Author

Resepi Bonda.com merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This