Resepi Almond Brownies Cookies

0

Resepi Almond Brownies Cookies

Bahan-Bahan:

100 gm coklat masakan
125 gm majerin
100 gm gula perang
2 biji telur
100 gm tepung gandum
½ sudu teh serbuk penaik
¼ sudu teh garam
1 sudu teh esen vanilla
Badam nib secukupnya

Cara Membuat:

1. Cairkan coklat masakan terlebih dahulu secara ‘double boiler’.

2. Pukul telur sehingga kembang campurkan esen vanilla.

3. Putar majerin dan gula perang sekejap. Masukkan Telur yang telah dipukul tadi, gaul sebati.

4. Masukkan tepung gandum, serbuk penaik, garam yang telah diayak dan gaulkan sehingga sebati.

5. masukkan coklat masakan yang telah dicairkan tadi ke dalam adunan dan gaul lagi.

6. Masukkan adunan ke dalam loyang segiempat yang telah di gris terlebih dahulu.

7. Taburkan badam nibs ke atas adunan dan bakar pada suhu 200 C selama 30 minit.

8. Biarkan sejuk dan potong menjadi kepingan sebelum dihidangkan.

Resepi Almond Brownies Cookies

About Author

Resepi Bonda.com merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This