Resepi Ais Krim Pudina Coklat Chip

0

Resepi Ais Krim Pudina Coklat Chip

Bahan-Bahan:

1/2 cawan susu segar
1 1/2 cawan dairy whipping cream
2/3 cawan susu pekat manis
2 1/2 sudu besar serbuk koko – diayak supaya tidak bergentel
1 sudu kecil esen vanila
1/4 cawan badam cincang – disangar
8 keping biskut Oreo – dipotong kecil tanpa buang krim
3/4 sudu kecil esen mint (pudina)
pewarna hijau secukupnya
1/8 sudu kecil garam

Cara Membuat:

1. Satukan susu segar, whipping cream, susu pekat manis, esen vanila, dan garam. Pukul hingga pekat dan bertanduk (Bila diterbalikkan, bahan tak jatuh).

2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Sebahagian dicampur serbuk koko dan sebahagian lagi dicampur esen mint dan pewarna hijau. Sebatikan.

3. Setelah sebati, bahagian coklat dicampur dengan badam cincang, gaul rata. Bahagian mint dicampur dengan biskut Oreo, gaul rata.

4. Bubuh kedua-dua adunan mengikut kreativiti anda, boleh bubuh selapis-selapis atau selepuk ke dalam acuan atau bekas kemudian ditutup.

5. Masukkan ke dalam freezer sekurang-kurangnya 6 jam atau sehingga ice cream mengeras (ikut suhu freezer masing-masing) sebelum dihidangkan.

resepi-ais-krim-pudina-coklat-chip

About Author

Resepi Bonda.com merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Leave A Reply

Share This