Makanan Terbaik Untuk Pesakit Kencing Manis

0

Makanan Terbaik Untuk Pesakit Kencing Manis

Makanan bagi pesakit kencing manis perlulah seimbang, berzat, asli. Makanan ini haruslah bersifat ‘wholefood’ yakni tidak diproses secara kimia, ‘refined’, ‘polished’ sehingga menyingkirkan sebahagian besar zat, vitamin, mineral, serat dan kandungan phytonutrien yang bermanfaat seperti antioksidan. Makanan ini mempunyai indeks glycemik yang tinggi dimana penghadaman karbohidrat serta penyerapan glukos dalam darah berlaku secara perlahan menjadikan tahap insulin dalam darah normal dan stabil.

Antara makanan yang baik untuk pesakit kencing manis adalah seperti berikut;

1. Bijirin penuh atau ‘whole grain’ sebagai sumber karbohidrat kompleks penuh khasiat pemakanan:

Beras perang, beras rebus (parboiled rice), biji gandum perang, rolled oat, tepung gandum atta, tepung suji, spaghetti gandum asli, biji barli, pulut hitam.

2. Sumber protein

Ayam kampung, ikan yang tak gatal dan bisa ( seperti kerisi, merah, tenggiri, selar, siakap, jenahak, selayang, tamban ), telur ayam kampung (2 biji seminggu).

3. Buah

Epal, oren, betik, delima, jambu batu/air, anggur, pear, pic.

4. Kekacang

Kacang hijau, kacang tanah, kacang kuda, kacang buncis, kacang panjang.

5. Sayur dan ulaman

Taugeh, sawi, kobis, broccoli. bunga kobis, kacang pea, timun, kangkung, bayam, kailan, peria, pegaga, ulam raja, daun ketumbar, daun sup/saderi, daun & buah merunggai/kelo.

6. Susu

Susu lembu segar, pasteur, steril, susu kambing, susu tepung penuh krim asli Fernleaf 1 cawan sehari @ selang sehari, keju – sebagai gantian kepada susu pekat manis, susu rendah lemak/skim.

7. Gula & manisan

Gula perang, gula tebu merah asli (jaggery sugar cane), gula organic, gula kelapa, gula nipah, gula kabung asli, madu lebah asli, stevia – sebagai gantian gula pasir putih & susu pekat manis.

8. Minyak & lemak

Minyak zaitun extra virgin, minyak karotino, minyak bijan, butter susu asli (Anchor, SCS), minyak sapi asli (QBB), santan kelapa asli – sebagai gantian minyak sayuran terhidrogen sepert majerin, krimer bukan tenusu, shortening, butter minyak sayuran berperisa. Bagi pesakit yang juga mengalami darah tinggi/kolestrol, kurangkan pengambilan lemak.

Nota: Untuk makanan no 6,7,8 ambil sedikit sahaja memadai untuk memberi khasiat tenaga, vitamin, mineral kepada tubuh.

makanan-kencing-manis

About Author

Resepi Bonda.com merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This