Cara Buat Nasi Kukus

0

Cara Buat Nasi Kukus

Bahan-Bahan:

4 cawan beras -rendam selama 1 jam
3 cawan air
2 helai daun pandan (simpul)

Cara Memasak:

1. Cuci bersih beras dan rendam sekejap. Kemudian toskan beras.

2. Didihkan air dalam pengukus. Masukkan daun pandan simpul dalam air. Masukkan beras ke dalam kukusan dan buat lubang supaya beras masak sekata.

3. Kukus beras selama 20 minit atau beras separuh masak (beras kelihatan sedikit kering)

4. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sehingga air rendaman itu sejuk (Tukar air selalu supaya beras cepat sejuk).

5. Beras akan mengembang dan memanjang. lebih kurang satu kali ganda. Kukus semula beras tadi lebih kurang 10-15 minit.

6. Keluarkan beras tadi dan gaul dengan air (3 cawan air). Biar seketika (dalam 10 min) supaya air tadi menyerap masuk ke dalam beras.

7. Kukus lagi hingga nasi masak, kelihatan berderai dan cantik (lebih kurang kukus 15 min).

8. Enak dihidang bersama ayam goreng berempah, sambal belacan dan hirisan timun serta kuah kari daging.

nasi-kukus

About Author

Resepi Bonda.com merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This