9 Makanan Yang Perlu Anda Elakkan Ketika Berdiet

0

9 Makanan Yang Perlu Anda Elakkan Ketika Berdiet

Anda sedang berdiet? tapi seringkali berat badan anda tidak semakin berkurang tetapi semakin bertambah. Ini kerana, terdapat makanan dan minuman yang perlu di elakkan dalam diet harian untuk mendapatkan pemakanan yang sihat dan seimbang.

1. Minuman bergas

Seperti yang kita semua tahu, soft drinks adalah sejuk, segar dan manis. Kebanyakan minuman ringan mengandungi kandungan kafein yang tinggi. Penggemar minuman jenis ini mungkin secara tidak sedar mencetuskan kebergantungan dan ketagihan terhadap air bergas dan berkafein ini. Minuman bergas ini hampir tidak mempunyai sedikit khasiat pun, oleh itu ia perlu dibuang jauh-jauh dari diet harian kita. Seeloknya tambahkan pengambilan air putih dan jus buah-buahan jika memerlukan gula.

2. Minuman Kedai Kopi

Seperti minuman bergas, sesetengah penggemar kafein mungkin memenuhi keperluan mereka dengan minuman kopi. Samada kopi o’ atau kopi susu rendah kalori, kebanyakan kopi di kedai hari ini mengandungi krimer, gula, dan penambah perisa yang lain. Jika memerlukan kafein, order kopi o’ kosong dan tambah sedikit susu, creamer, atau gula mengikut keperluan sendiri.

3. Produk kaya tepung

Kita perlu mengelakkan roti putih dan produk yang mengandungi tepung yang diperkaya. ‘Tepung yang diperkaya’ menunjukkan yang tepung tersebut telah di ‘bleached’ dan kehilangan khasiat yang berharga. Sebaliknya untuk langkah yang lebih bijak, bolehlah membeli roti penuh gandum dan pasta.

4. Roti dan kek

Roti keju yang besar dan muffin yang kecil molek bukanlah pilihan yang baik untuk diet harian kita. Kebanyakan makanan ini mengandungi tepung yang diperkaya, gula dan lemak tepu yang tinggi.

5. Makanan segera (instant)

Makanan segera bukan sahaja mudah dan cepat malah ia mempunyai rasa yang sedap dan lazat. Tetapi kebanyakan makanan segera ini mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi. Sebaiknya kawal pengambilan makanan segera ini atau mengelakkannya kerana kebanyakannya ia mengandungi kandungan kalori yang tinggi.

6. Makanan dalam tin

Kebanyakan makanan dalam tin pula mengandungi penambah perisa yang sangat tinggi. Selain itu, kandungan garam di dalamnya juga adalah sangat tinggi. Walaupun makanan dalam tin ini sangat berguna ketika keadaan kecemasan atau darurat, tetapi jangan jadikan ia sebagai makanan harian.

7. Makanan bergoreng

Seeloknya kurangkan pengambilan makanan bergoreng kerana setiap makanan bergoreng mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu, atau makanan digoreng menggunakan mentega atau telur yang banyak. Jika sesekali teringin makan makanan bergoreng, sebaiknya menggoreng sendiri makanan tersebut supaya kita boleh memilih sendiri minyak yang baik dan sesuai dengan resepi kita.

8. Makanan segera

Siapa yang tidak suka burger dan french fries kan? Memang sedap, tapi kita perlu elakkan makanan segera ini dari diet seharian. Makanan segera ini digoreng dalam minyak dan jarang-jarang mempunyai vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan. Langkah yang bijak dengan hadkan pengambilan makanan segera ini kepada 1atau 2 kali sahaja setiap bulan.

9. Snek buah

Kenapa kita gemar makan snek buah padahal boleh makan buah-buahan yang sebenar? Walaupun sesetengah jenama snek buah mungkin menambah vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan tetapi ia mengandungi kadar gula yang tinggi dan perisa tambahan. Pilihlah makanan semulajadi dan segar daripada makan berbanding makanan yang diproses seperti ini.

bila-berdiet

Sumber: TryMasak.my

About Author

Resepi Bonda.com merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This